GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah selesai sudah Temasya Sukan Tahunan SKGG yang ke 29 petang tadi. Pelbagai peristiwa pahit, manis, suka dan duka terjadi.

Sehingga detik ini masih tergambar di kepala saya peristiwa yang berlaku semasa acara tari tali antara Pihak Guru SKGG dengan Mamat and The Geng yang terdiri daripada bekas murid SKGG sendiri. Tidak diketahui bagaimana tali tersebut boleh putus dan menyebabkan Guru SKGG jatuh terguling - guling dan membolehkan kami menang =)

Semua ini akan saya kemaskini kemudian setelah mendapat gambar - gambar berkaitan. Dikesempatan ini saya mewakili semua warga SKGG mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Temasya sukan kali ini. 


Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pss: kepada yang bukan Islam, selamat bercuti~


Wednesday, February 24, 2010

Temasya Sukan Tahunan SK Gelong Gajah ke 29

Hari: Khamis
Jam: 2.00 Petang
Lokasi: Padang SKGG

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Wednesday, February 17, 2010

Peraduan menulis cerita kanak-kanak sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2010

Salam Sejahtera semua Guru Negeri Perak khususnya Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris...

1. Peraduan menulis cerita kanak-kanak akan dijalankan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak.

2. Semua guru dan murid digesa supaya menyertai peraduan ini.

3. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh menggunakan waktu p&p penulisan untuk membimbing murid menghasilkan karya.

4. Sokongan semua guru akan memartabatkan peranan perguruan dalam membina negara bangsa.

5. Tarikh tutup 9 April 2010.

6. Untuk maklumat lanjut - syarat penyertaan dan borang penyertaan - sila muat turun di sini.

Sumber: JPN Perak

Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Warga SKGG mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada Pn Cheng Chien Pin satu - satunya guru berbangsa Cina di SKGG

GONG XI FA CHAI, ANGPAU LAI LAI =)

Wednesday, February 10, 2010

Takziah

Warga SKGG mengucapkan Takziah kepada keluarga Pn Norin Bt Sapawi atas kehilangan ayahnda tersayang pada 09/02/2010. Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan dicucuri rahmat. Amin

Wednesday, February 3, 2010

Bilik Akses SKGG

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  kendiri dan akses kendiri dengan
lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
1. Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
(e-Learning)
3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5. Berkolaborasi dengan murid lain

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet
Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.
Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.
Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
  • 1. Ada ruang/bilik yang sesuai
  • 2. Ada bekalan elektrik 24 jam
  • 3. Ada akses kepada Internet
  • 4. Ada Makmal Pengkomputeran
  • 5. Kemahiran ICT warga sekolah
  • 6. Komitmen pihak pentadbir sekolah
Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:

1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista,
dan sebagainya
2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart
Learning, dan sebagainya
3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian
kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.