Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga murid
Tuan
PELAKSANAAN UJIAN PKSR 1 2011
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan itu unit peperiksaan Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah akan mengadakan Ujian PKSR 1 pada 9 Mei ( ISNIN ) sehingga 13 Mei (JUMAAT) . Bersama – sama ini disertakan jadual ujian untuk rujukan .
3. Peperiksaan tidak dijalankan pada 11Mei (Rabu) kerana hari tersebut adalah Hari Raptai Kejohanan Olahraga MSSM di Ipoh .
4. Kerjasama pihak tuan/puan agar dapat memantau anak – anak membuat ulangkaji di rumah dan memastikan kecemerlangan mereka dalam pelajaran.
5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian , terima kasih.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas