GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Tuesday, September 13, 2011

Friday, September 9, 2011

PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011


PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Peperiksaan bertulis UPSR 2011 akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September 2011.
 
Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.
 
Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 SEPTEMBER 2011

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32, DG 41, DG 44 dan DG 48 (KUP time based)

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) boleh dibuat melalui Laman Web Sistem Pertukaran Guru.


Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012

Untuk tingkatan satu boleh ke sini http://apps.moe.gov.my/sbpt1/2011/login.cfm
Untuk tingkatan empat http://apps.moe.gov.my/sbpt4/2011/

Tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2011

pssst: untuk daerah manjung, sebarang masalah sila rujuk Unit Pengurusan Sekolah PPD (En Saad - Penolong Pengurusan Sekolah ) ditalian 05 - 6911763