GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat SKGG

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKGG yang diadakan pada 17 Mei 2010 yang lalu. Pelbagai acara dan permainan diadakan. Sambutan Hari Guru dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan, bacaan ikrar dan seterusnya nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.

Kemudian, majlis diteruskan dengan acara persembahan murid - murid dari Pra Sekolah hinggalah ke murid tahun 6. Tidak lupa juga semasa majlis itu diadakan sambutan hari lahir guru dan kakitangan pada bulan April dan Mei. Acara kemudian diteruskan dengan persembahan daripada guru dan kakitangan. dimulakan dengan nyanyian miming lagu Ali Mamak, kemudian Nyanyian dan tarian lagu Tara kucha, Bila larut Malam dan Aci - aci buka pintu. Kemudian diteruskan dengan persembahan Boria Hari Guru dan persembahan Chicken dance.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara permainan untuk guru - guru. Permainan Cerita kedai kopi dimana semua guru dan kakitangan yang mewakili kumpulan masing - masing perlu makan biskut bercicah air kosong paling banyak. Kemudian permainan diteruskan dengan Ada Aku Kesah dimana ahli kumpulan perlu meneka aksi yang dilakukan oleh wakil kumpulan tersebut. Acara diteruskan dengan permainan Jangan Lupa Lirik  dimana semua kumpulan perlu berebut untuk meneka dan menyambung lagu yang diberhentikan.

Kesimpulannya Majlis sambutan hari Guru tersebut sangatlah happening. Tahun depan boleh la pihak urusetia buat acara yang lagi gempak - gempak. Terima Kasih kepada semua Warga SKGG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


 Bacaan Ikrar hari Guru

Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa

 dari kiri: En Ismail (PK1), En Saad (PPD), Pn Hajah Siti Romainah (GB)

Persembahan Guru dan Kakitangan SKGG



No comments: