GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Monday, February 14, 2011

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Sempena Persaraan Guru Besar

Pada 08 Februari 2011 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Sempena Persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Pn Hajjah Siti Romainah Binti Ramli. Ramai tetamu jemputan yang hadir, antaranya rakan - rakan Guru Besar dan Pengetua - Pengetua dari sekolah daerah Manjung, bekas anak murid, Pegawai - pegawai PPD Manjung dan lain - lain lagi.

Majlis dimulakan dengan menjemput Guru Besar dirumah dan kemudiannya majlis berarak sehingga ke meja VVIP diiringi murid yang membawa hadiah - hadiah yang diletakkan didalam dulang hantaran. Diteruskan dengan ucapan dato' Azhar, Wakil MGB, dan Ucapan Timbalan PPD Manjung. Kemudian tayangan slide serta ucapan terakhir Guru Besar. Kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan acara memotong kek bersama semua Guru Besar Perempuan yang hadir.

Acara kemuncak pada Majlis tersebut ialah Perasmian Surau SKGG yang diberi nama sempena nama Guru Besar iaitu Musolla Hajjah Romainah. Majlis tamat selepas Lambaian Terakhir Guru Besar semasa  menaiki Kereta berhias pulang ke rumah.

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama sekali kepada semua warga - warga kampung berhampiran yang telah bergotong royong bersama guru - guru, warga PIBG, warga FELCRA, murid - murid untuk menjayakan majlis yang julung - julung kali diadakan ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pihak penaja yang sudi menaja Majlis ini. Akhir sekali JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Majlis ini. Terima Kasih.

 Bahagian Meja VVIP

 Meja - meja tetamu

Banner majlis Persaraan

Guru SKGG dan AJK PIBG (menguruskan bahagian makan VVIP)

Guru - guru SKGG membuat persiapan Majlis

Guru dan Staff Swasta sedang menambahkan hiasan untuk kereta berhias

Dua Ekor lembu yang sudah disembelih (Terima Kasih Penaja)

Warga Kampong dan warga SKGG sama bergotong royong

Warga Kampong menyediakan rempah masakan

Gotong royong menyiat daging lembu

Warga kampong menyediakan tempat masak

 
Kaum ibu - ibu bergotong royong menyediakan bahan masakan

Antara Guru besar dan pengetua yang hadir

Hantaran hadiah mengiringi kehadiran Guru Besar

Guru SKGG mengatur hadiah

PK Pentadbiran bersama tetamu

Murid SKGG

Pendaftaran Tetamu Jemputan

Wakil Polis

Antara Guru Besar yang hadir

Pegawai PPD dan Tetamu

Guru Besar dan suami (sebelum Majlis bermula)

Persembahan Tarian Sarawak

Ucapan Dato' Azhar (Bekas Anak Murid)

Yang Diraikan bersama para VVIP

Antara Guru Besar dan Pengetua yang hadir



Ucapan Timbalan PPD

Tetamu melihat tayangan sempena persaraan

Ucapan Terakhir Guru Besar



Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Acara Memotong kek bersama Guru Besar (Perempuan)

 
Acara Memotong kek bersama Guru Besar (Perempuan)

Bacaan Doa 

Persembahan Koir Murid SKGG

Persembahan Murid dan Guru SKGG







  

Majlis Perasmian Musolla Hajjah Romainah

 Acara Kemuncak Majlis Persaraan

 Perasmian Surau

 Perasmian Surau

 
 Proses menandatangani Papan Perasmian

 Proses menandatangani Papan Perasmian

Perarakan balik menaiki kereta berhias

PS: Selamat bersara Pn Hajjah. Semoga bahgia disamping suami, anak - anak, dan cucu tercinta.

No comments: