GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Wednesday, March 2, 2011

Makmal Komputer


Piagam Pelanggan Makmal Komputer 

1.      Melahirkan guru dan pelajar yang celik komputer dan ICT.
2.     Memberi perkhidmatan mesra kepada guru-guru dalam penggunaan  peralatan dan perkakasan ICT.
3.      Melapor dengan segera sebarang kerosakan peralatan ICT kepada pihak yang bertanggungjawab.
4.      Memastikan semua guru dan pelajar dapat menggunakan peralatan ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
5.      Memastikan makmal komputer sekolah berada dalam keadaan baik dan kondusif sesuai dengan pusat teknologi maklumat dan komunikasi.
6.     Melaksanakan aktiviti yang menyumbang ke arah menjana kreativiti pelajar di dalam bidang Teknologi Maklumat.
7.     Memastikan makmal komputer sekolah dibuka dan beroperasi pada setiap hari persekolahan.

Peraturan Makmal Komputer

1. Senarai Peraturan Makmal Komputer
1.              Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa      ketiadaan guru.
2.             Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya kemas.
3.              Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.
4.              Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.
5.              Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
6.       Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jaduai Waktu Penggunaan makmal komputer.
7.     Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan makmal komputer
8.       Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak senonoh (lucah).
9.              Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
10.          Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
11.          Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
12.          Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
13.          Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera pada guru yang bertugas.

2. Aspek Keselamatan Perkakasan  
1.                  Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran
2.                  Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
3.                  Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4.                  Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebaran virus.
5.                  Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
6.                  Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7.                  Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada guru komputer.
8.                  Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian perkakasan berlaku.
9.                  Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10.              Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan dalam makmal komputer untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.
  
3. Senarai Keselamatan Pengguna
1.             Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
2.             Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
3.             Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dari laluan pengguna.
4.             Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
5.             Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6.             Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehiiauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
7.             Pengguna dinasihatkan berehat sebentarjika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8.             Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9.             Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di shutdown dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10.         Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elak dari memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
11.         Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah;tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.
  
4. Aspek Keselamatan Komputer
1.              Sebaiknya suhu dafam makmal komputer tidak lebih dari 40 ° C. Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan.
2.              Komputer menggunakan alat pelaras arus efektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan efektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terfalu banyak menggunakan socket extension.
3.              Jika perlu memindahkan kompufer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif. Efakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
4.              Semasa menggunakan komputer, tidak bofeh makan ,minum dan merokok.
5.              Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.
6.              Gunakan can-air untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit.
7.              Tanggalkan plag 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
8.              Jangan menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown terlebih dahulu.
9.              Elakkan papan kekunci daripada tercemar kepada air dan habuk.
10.          Jika perlu menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.
  
5. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut
1.          Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut.
2.          Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas, cahaya matahari dan air.
3.          Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet seperti pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.
4.          Jangan makan, minum atau merokok berdekatan dengan cakera liut.
5.          Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan rakamannya.
6.          Simpanlah cakera liut ke daiam bekas simpanannya.
7.          Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul.
8.          Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera iiut.

6. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat
1.           Jangan mendedahkan cakera'padat pada cahaya matahari atau haba yang sangat panas.
2.           Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
3.           Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. Gunakan alat tulis seperti markerpen.
4.           Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
5.           Jangan makan minum atau merokok berdekatan cakera padat.
6.           Pegang cakera padat dengan cara yang betul.
7.           Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam jewel box nya.



Galeri Gambar Makmal Komputer










No comments: