GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Thursday, March 8, 2012

PANDUAN 'LOG IN' APLIKASI e-OPERASI

UNTUK MAKLUMAN SEMUA GURU
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Berikut adalah beberapa penyelesaian bagi guru yang menghadapai masalah untuk ‘log in’ ke sistem e-OPERASI dan e-GTUKAR:

  1.  Kedua-dua aplikasi menggunakan kata laluan yang sama.
  2. Kata laluan hanya perlu dibuat sekali sahaja dan tidak kira anda berada di sekolah mana.
  3. Sistem tidak menerima kata laluan baru, sekiranya sebelum ini anda sudah pun mempunyai kata laluan.
  4. Jika anda terlupa kata laluan, sila hubungi pegawai data e-Operasi di PPD masing-masing.
  5. Jika gagal mendaftar masuk disebabkan maklumat tiada di pangkalan data, sila semak No. KPdan No. Gaji di dalam sistem melalui bantuan Pengetua/Guru Besar/mana-mana Penolong Kanan.
  6. Jika nama anda berada di sekolah yang bukan sepatutnya, sila maklumkan kepada Penolong Kanan untuk dipanjangkan ke Pegawai Data PPD supaya perubahan sekolah boleh dibuat.
  7. Sila kemaskini maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat sejarah perkhidmatan.  Maklumat Ikhtisas dan Maklumat Perkhidmatan boleh dikemaskini melalui Penolong Kanan.
  8. Maklumat Perkhidmatan dan Ikhtisas mestilah tepat untuk membolehkan tuan membuat permohonan pertukaran melalui aplikasi e-GTukar.

Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan mengemaskinikan maklumat masing-masing dan dengan ini dapat membantu kelancaran proses penempatan dan pertukaran guru.
Sekian dimaklumkan.

Sektor Pengrusan sekolah,
Jabatan Pelajaran Perak.

No comments: