GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Thursday, August 9, 2012

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2013, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan pertukaran guru Antara bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2013 melalui aplikasi e-GTukar akan di bukamulai 1 - 30 September 2012.

2.        Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memastikan semua maklumat guru di sekolah disemak dan dikemaskini melalui laman web e-Operasi mulai 1 - 27 Ogos 2012.

3.        Kerjasama dan akauntabiliti Pengetua / Guru Besar sebagai "Pengesah" adalah perlu bagi mengesahkan setiap permohonan guru mulai 1 September hingga 2 Oktober 2012.

4.        Sila muat turun Surat Siaran dan Panduan di sini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

ABD MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Perak

No comments: