GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Friday, December 31, 2010

semak kemasukan ke SMKA/RKN Negeri Perak tahun 2011


SEMAK KEMASUKAN KE SMKA/RKN NEGERI PERAK TAHUN 2011
boleh mula disemak melalui laman web di bawah


semoga berjaya =)

talian schoolnet ditamatkan mulai 2011.

pengumuman, pengumuman...

merujuk kepada tajuk diatas, mulai januari 2011, talian schoolnet ditamatkan. dalam bahasa mudah pahamnya, selepas ini sekolah tiada internet lah. jadi diharap semua warga skgg tidak mencari cik juruteknik untuk bertanyakan tentang status internet. walaubagaimanapun, seperti yang cikgu - cikgu baca dekat bawah ni, pihak sekolah akan diberi hak memilih sediri pembekal internet sekolah kita. contohnya streamyx ke, jaring ke, broadband ke, unifi ke, wimax ke. tapi paham - paham sahajalah sekolah kita nih terletak dikawasan luar bandar. semua kemudahan tu amatlah sukar untuk kita dapat kecuali streamyx la kot. pihak pkg beruas akan mengadakan satu taklimat untuk semua juruteknik atau penyelaras bestari berkaitan masalah ini. tapi pada kurun ke berapakah saya tidak pasti. tapi saya yakin pihak pkg akan mengadakannya secepat mungkin. kita semua tunggu ajelah nanti ye. sekali lagi saya ulang, jangan dok tanya saya tau pasal internet nih. nanti kalau dah ada saya akan hebahkan ke seantero dunia..:) nak info lebih lanjut, kalau tak puas hati, sila rujuk disini ye. http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1587+



LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN PEMASANGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH YANG
MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KERAJAAN

1. Pemilihan, Pendaftaran dan Pemasangan
a) Pihak Sekolah bertanggungjawab untuk memilih dan melantik
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk tujuan Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) serta Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) di
Sekolah.
b) Semua urusan berkaitan penyediaan perkhidmatan internet
termasuklah permohonan dan pendaftaran adalah di bawah
tanggungjawab pihak sekolah dan ISP yang telah dipilih.
c) Pemilihan ISP adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pakej
terbaik kepada pengguna.
d) Jangka masa pendaftaran dan pemasangan adalah mengikut tarikh
yang difikirkan sesuai dan sekolah bertanggungjawab dalam
memastikan pemasangan dibuat dengan betul dan mengikut terma
yang telah dipersetujui antara Sekolah dan ISP.
e) Pemasangan Peralatan boleh dibuat samada di pejabat atau di
makmal komputer sekolah atau di mana - mana yang difikirkan sesuai
oleh sekolah untuk disambung dengan persekitaran Rangkaian
Dalaman Setempat (LAN) di sekolah.
f) Pemilihan lokasi pemasangan adalah mengikut kesesuaian pihak
sekolah dengan berasaskan kepada tujuan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran serta Pentadbiran dan Pengurusan sekolah.

2. Status Perkhidmatan Sedia Ada Di Sekolah
a) Bagi Sekolah yang ingin mengekalkan pekhidmatan dengan Pembekal
Perkhidmatan Internet sedia ada iaitu GITN, urusan pembaharuan
adalah dibuat sendiri oleh pihak sekolah.
b) Bagi Sekolah yang telah memiliki atau melanggan perkhidmatan
internet selain dari pihak GITN, Sekolah boleh meneruskan
perkhidmatan tersebut atau boleh memilih untuk melanggan
perkhidmatan baru dengan syarat tidak melebihi peruntukan dan
kelajuan yang telah dihadkan.

3. Had Pemilihan Kelajuan Lebar Jalur (bandwidth)
a) Sekolah boleh melanggan kelajuan lebar jalur atau kemudahan internet
sehingga berkelajuan 8Mbps bergantung kepada infrastruktur lebar
jalur yang disediakan di kawasan masing-masing atau kelajuan
maksimum yang ditawarkan oleh pihak ISP berdasarkan kepada had
maksimum RM600.00 sebulan. Pihak Sekolah juga tidak boleh
menggunakan lebihan peruntukan untuk tujuan lain.
b) Bagi sekolah yang terletak di kawasan yang mempunyai kemudahan
Infrastruktur Fibre to the School (FTTS) atau yang apa-apa teknologi
seumpamanya seperti di zon Pulau Pinang, Lembah Kelang, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor, keupayaan lebar jalur yang dibenarkan
melanggan adalah 10Mbps dan tertakluk kepada had maksimum
RM600.00 sebulan.
c) Bagi Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan teknologi
FTTS sedia ada dengan pihak GITN, maka peruntukan akan diberikan
berdasarkan kepada kos sebenar sedia ada.

4. Aspek Keselamatan
a) Sekolah bertanggungjawab menyediakan garis panduan kepada
pengguna di sekolah.
b) Aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab sekolah meliputi
aspek berikut:
i. Keselamatan perkakasan;
ii. Keselamatan data dan maklumat;
iii. Tatacara penggunaan dan akses ke internet;
iv. Virus, pencerobohan dan ancaman keselamatan siber;
v. Etika dan tatacara penggunaan internet;
vi. Penyambungan ke rangkaian dalaman atau ke komputer lain;
vii. Keselamatan internet secara pakej hendaklah diberi
keutamaan.
viii. Kata kunci keselamatan adalah di bawah tanggungjawab pihak
sekolah; dan
ix. Mana-mana aspek yang menimbulkan keraguan, pihak sekolah
boleh melihat dan mendapatkan maklumat lebih terperinci
dalam garis panduan yang boleh dimuat turun melalui laman
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/guideline/
c) Pihak Sekolah hendaklah memastikan agar Sekolah tidak terikat
dengan apa-apa kontrak yang boleh memberi kesan negatif atau
implikasi perundangan sehingga menjejaskan nama baik kerajaan.

5. Peruntukan dan Lain-lain
a) Pembayaran hendaklah mengunakan peruntukan pecahan objek
pembayaran utiliti sekolah.
b) Peruntukan yang diagihkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah
untuk tempoh maksimum satu (1) tahun sahaja bermula Januari 2011
sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
c) KPM melalui JPN akan menurunkan peruntukan tambahan ke semua
sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi tujuan
perkhidmatan internet
d) Bagi sekolah yang bukan berstatus PTJ, pihak Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan membuat pembayaran
berdasarkan kepada bil internet berkenaan.
e) Peruntukan bagi perkhidmatan internet yang diagihkan adalah bagi
tujuan mendapatkan perkhidmatan sambungan ke internet sahaja
manakala kos-kos lain yang terlibat khususnya pembelian perkakasan
atau peralatan adalah tidak termasuk dalam pakej ini.

Tuesday, December 21, 2010

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011

Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011
boleh disemak mulai 21 Disember 2010. 
Semakan keputusan permohonan di sini.

Thursday, December 9, 2010

JAWATAN KOSONG PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Pengambilan Pembantu Am Pejabat Gred N1 bagi mengisi kekosongan di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah merujuk disini http://www.moe.gov.my/emohonpap/



sumber: JPN Perak

Guru berpindah


 En Kamaruzaman bin Mohd Nor


En Wan Mohamad Idris bin Wan Daud

Friday, November 26, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan

Gambar sekitar Hari Anugerah kecemerlangan 2010


Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian
Chicken dance
Koir SKGG
Nasyid
Tarian Sarawak
Tokoh murid merangkap murid yang mendapat 5A UPSR 2010

Monday, November 8, 2010

Semakan Panggilan MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Semakan Panggilan MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru boleh mula di semak disini http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm
semoga berjaya :)

Thursday, October 28, 2010

MMC Cannot Open the File C:\WINDOWS\system32\dfrg.msc | TUTORIAL

Pernahkah anda dapat mesej macam ini semasa cuba membuat disk defragmenter? kalau iye pasti bermacam - macam tutorial yang telah anda cari dan buat untuk mendapatkan / menginstallkan disk defragmenter ini kembali kan? saya juga seperti anda, pelbagai cara sudah saya gunakan akhirnya satu pon tak dapat kembalikan disk defragmenter itu sampai naik putus asa lah. akhirnya saya cuba mengubah (rename) dfrg.msc kepada dfrg-renamed.msc wahhh! akhirnya berjaya lah. jangan tanya saya sebab apa ia berlaku, serius saya tiada jawapannya.

anda perlu ke C:\WINDOWS\system32\dfrg.msc dan namakan semula dfrg.msc itu kepada dfrg-renamed.msc
dan ianya akan menjadi C:\WINDOWS\system32\dfrg-renamed.msc 

mudah bukan? saya sendiri akhirnya tergelak sorang - sorang, rupanya senang saja nak menyelesaikan masalah ini. naik pening lah saya pada mulanya.
ps: maaf, saya memang tidak pandai berbahasa baku, macam pelik saje ayatnya. janji kamu paham.

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011


Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
 kalendar persekolah tahun 2011 juga boleh dimuat turun disini

Tuesday, October 12, 2010

Permohonan KPLI & KPLI J-QAF

Aplikasi permohonan Dalam Talian KPLI & KPLI J-QAF telah dibuka. sila ke laman web berikut untuk permohonan.

http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/

Tuesday, September 28, 2010

Permohonan Atas Talian - Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bagi Tahun 2011

Permohonan untuk kemasukan murid ke Tingkatan satu (1) ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2011 dibuka sehingga 15 Oktober 2010. Maklumat lanjut boleh melayari laman web SBP sendiri. 

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

Jadual waktu UPSR boleh didownload disini

Semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2010

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Semoga berjaya kepada semua calon UPSR SK Gelong Gajah.

Friday, September 3, 2010

Selamat Bercuti Dan Selamat Hari Raya



Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SKGG. 
Yang mana balik ke kampung halaman tu berhati - hatilah. Ingatlah orang yang tersayang. 
Dan tak lupa juga diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin =)


Monday, August 30, 2010

Sambutan Kemerdekaan ke 53 & Konvoi Merdeka PPD Manjung dan PDRM

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 diucapkan kepada semua. Kami warga SKGG mendoakan Malaysia tetap aman, makmur dan sejahtera. =)













1Malaysia Menjana Transformasi

Thursday, August 12, 2010

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga SKGG. 
Perbanyakkanlah amalan di bulan Ramadan ini berbanding ramadan di tahun - tahun yang lepas.
Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima olehNya. =)
 
psssst: Mungkinkah ini Ramadan terakhir buat diri kita?

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Pengumuman²..
Penyimpan Mohor2 Besaq…Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua … untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
  • Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak – Bukan yang suruh!!
  • Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan – Dia takdak kena mengena dgn !!!
  • Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat – Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
  • Kalau dok pakai terdedah sana-sini – Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
  • Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam – Bukan yang bagi line!!
  • Kalau dok Boros sangat shopping Raya – Bukan yang suruh!!
  • Kalau dok tak habis2 mengata orang – Bukan yang bagi idea!!
  • Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang – Memang bukan yang dok cucuk!!

Pelancaran Kelab Rukun Negara dan Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pada 10 Ogos 2010 yang lalu SKGG telah mengadakan Pelancaran Kelab Rukun Negara dan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

Persembahan Koir murid tahun 5

Objektif Kelab Rukun Negara
  • Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara.
  • Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan.
  • Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

Murid - murid SKGG

Kibaran Jalur Gemilang

Barisan Murid SKGG

Tuesday, July 27, 2010

[TUTORIAL] Memasang Tulisan Jawi pada komputer

Atas permintaan Ustazah Aini, di sini saya menunjukkan manual pemasangan tulisan jawi pada komputer.

1. Klik START > CONTROL PANEL
2. Klik REGIONAL AND LANGUAGE OPTIONS
3. Paparan seperti dibawah akan muncul. Pilih Languages > Details


 4. Pilih Input Language ARABIC (Saudi Arabia)
 

5. Dan pastikan anda memilih Keyboard Layout ARABIC 101 dan klik OK



6. Paparan seperti ini akan muncul dan klik APPLY



7. Anda bolehlah mula menggunakan tulisan jawi anda sekiranya anda nampak taskbar anda seperti gambar dibawah.

8. Pastikan anda memilih ENGLISH setelah selesai membuat kerja anda. :)

pssst: setelah meng'google' saya terjumpa laman web ini Ejawi. Laman ini mempunyai perisian percuma dan lagi senang. tak payah nak setting bagai..:)

Thursday, July 22, 2010

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG GAJAH



            Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah, terletak di antara Beruas dengan Ayer Tawar dalam Daerah Manjung (dahulunya dikenali sebagai Daerah Dingdings, Perak. 7 batu dari Beruas dan 9 batu dari Pekan Ayer Tawar.
            Pada mulanya, sekolah ini telah dinamakan dengan Sekolah Melayu Kampung Kedah kerana pendatang yang mula menduduki kampung ini kebanyakannya datang dari Negeri Kedah, dan sebahagiannya dari  Negeri Perlis, Kelantan dan Utara Negeri Perak.
            Dalam tahun 1961 Sekolah ini telah ditukar namanya ke Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah . Nama Gelong Gajah diambil kerana terdapat gelong-gelong atau denai tempat dilalui oleh Gajah ketika mula-mula kampong ini dibuka dahulu. Nama Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Kekal hingga ke sekarang.
            Dalam tahun 1951, penduduk-penduduk di Kampung Kedah ini yang bekerja sebagai petani, telah mula berminat untuk mendirikan sebuah sekolah. Ia telah dipelopori oleh Datuk Temenggung Haji Wan Kamaruddin, orang Besar Jajahan Dindings, ketika itu dibantu oleh Tuan Hj. Musa bin Mat, Encik Hashim bin Ibrahim dan Tok Saad Siak.
            Pada akhir tahun 1951 sebuah bangunan sekolah berupa bangsal dengan kayu-kayu bulat beratap rumbia dan berdinding tepas telah didirikan dengan cara bergotong royong oleh penduduk Kampung Kedah. Diantara orang-orang yang bergotong royong mendirikan bangunan itu adalah seperti berikut:
  1. En. Abd Jabar bin Ahmad
  2. En. Awang bin Mat
  3. En. Abdul Hakim bin Alias
  4. En. Osman bin Salleh
  5. En. Kasim bin Jabar
  6. En. Yaakub bin Puteh
  7. En. Salleh bin Ismail
  8. En. Alias bin Salleh
  9. En. Omar bin Ismail
  10. Tn. Hj. Baharum bin Mustafa
  11. En. Khalid bin Said
  12. Tn. Hj. Saidin bin Hj. Man
  13. En. Said bin Ahmad
  14. Tn. Hj. Abd. Rahman bin Lebai Hussain
  15. En. Abd. Aziz bin Ahmad
  16. En. Lebai Noh
  17. En. Bakar bin Salleh
  18. En. Abdullah bin Ayob
  19. En. Baharom bin Ahmad
  20. En. Ahmad bin Kasim
  21. En. Man bin Yusof
  22. En. Abd. Hamid bin Ibrahim
  23. En. Saad bin Ibrahim
  24. En. Hashim bin Endut
  25. En. Ramli bin Md. Din

Pada 6.1.1952, Sekolah ini telah dibuka dengan 34 orang murid. Guru Besarnya ialah Cikgu Abd. Samad bin Md. Amin dan seorang Guru Penolong Cikgu Md. Jani bin Hj. Abdullah, dalam dua darjah III.
Kira-kira dalam bulan Mei, 1955 bangunan sekolah ini telah ranap dipukul rebut. Semenjak itu murid-murid terpaksa belajar di bawah madrasah dan di soyok iaitu sebuah kedai. Sementara itu sebuah bangunan mengandungi tiga bilik darjah telah dibina dan siap dalam bulan Oktober, 1955. Orang Besar Jajahan Dindings telah merasmikan bangunan ini pada 20.10.1955 dengan dibuat sedikit upacara. Bangunan inilah yang telah runtuh dilanda rebut pada bulan Disember, 1977.
Oleh kerana murid-murid di sini telah bertambah ramai, maka pada akhir tahun 1962, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan kekal mengandungi 2 bilik darjah, 2 buah rumah guru dan sebuah kantin kecil yang masih ada hingga sekarang.
Memandangkan penduduk di sini bertambah ramai dari semasa ke semasa kerana pembukaan tanah-tanah baru, rancangan FELCRA, Kilang Perusahaan Gula Perak, Perusahaan Batu Bata dan lain-lain perusahaan, maka sebuah bangunan baru telah dirancangkan untuk didirikan bagi keperluan penduduk Kampung Kedah, Kampung Bakar Bata, Kampung Banjar dan Kampung Tengah semenjak lawatan Yang Berhormat Encik Khair Johari pada 30.05.1966 yang menjadi Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Bangunan dua tingkat ini telah mula dibina dalam pertengahan tahun 1978. terdapat 4 bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar, tandas dan sebuah Kantin yang semuanya bernilai RM 120,000.00. bangunan baru ini telah siap dalam bulan Febuari 1979 dan mula digunakan pada 09.03.1979.
Bekas murid-murid sekolah ini telah ada yang menjadi Pegawai Pentadbir, Guru, Kerani, Polis, Tentera dan lain-lain. Malah ada beberapa orang telah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Universiti dan juga terdapat beberapa orang murid yang sedang menuntut di sekolah berasrama penuh.  

Friday, June 25, 2010

Guru Pindah dan Guru Baru

Guru pindah:
  1. Pn Wan Amnum Nahar Bt Meor Abdul Malik
  2. Pn Noor Azira Bt Desa
  3. Pn Junaidah Bt Husain

Guru Baru
  1. Pn Nor Haslina Bt Aliasan
  2. Pn Kamar azura Bt Hussein

Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat SKGG

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKGG yang diadakan pada 17 Mei 2010 yang lalu. Pelbagai acara dan permainan diadakan. Sambutan Hari Guru dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan, bacaan ikrar dan seterusnya nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.

Kemudian, majlis diteruskan dengan acara persembahan murid - murid dari Pra Sekolah hinggalah ke murid tahun 6. Tidak lupa juga semasa majlis itu diadakan sambutan hari lahir guru dan kakitangan pada bulan April dan Mei. Acara kemudian diteruskan dengan persembahan daripada guru dan kakitangan. dimulakan dengan nyanyian miming lagu Ali Mamak, kemudian Nyanyian dan tarian lagu Tara kucha, Bila larut Malam dan Aci - aci buka pintu. Kemudian diteruskan dengan persembahan Boria Hari Guru dan persembahan Chicken dance.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara permainan untuk guru - guru. Permainan Cerita kedai kopi dimana semua guru dan kakitangan yang mewakili kumpulan masing - masing perlu makan biskut bercicah air kosong paling banyak. Kemudian permainan diteruskan dengan Ada Aku Kesah dimana ahli kumpulan perlu meneka aksi yang dilakukan oleh wakil kumpulan tersebut. Acara diteruskan dengan permainan Jangan Lupa Lirik  dimana semua kumpulan perlu berebut untuk meneka dan menyambung lagu yang diberhentikan.

Kesimpulannya Majlis sambutan hari Guru tersebut sangatlah happening. Tahun depan boleh la pihak urusetia buat acara yang lagi gempak - gempak. Terima Kasih kepada semua Warga SKGG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


 Bacaan Ikrar hari Guru

Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa

 dari kiri: En Ismail (PK1), En Saad (PPD), Pn Hajah Siti Romainah (GB)

Persembahan Guru dan Kakitangan SKGG



Thursday, May 13, 2010

PERUTUSAN HARI GURU 2010 OLEH MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

PERUTUSAN HARI GURU 2010
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-39
TEMA
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

16 haribulan Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan merayakan ketibaan Hari Guru bagi tahun ini.

Penghormatan ini amat layak diterima oleh para guru atas kegigihan guru-guru memberikan segala tunjuk ajar serta mendidik murid-murid untuk menjadi insan cemerlang yang berilmu dan berpekerti mulia. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab seorang guru merupakan tugas yang amat mulia.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ”Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru” kepada semua warga pendidik. ”Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat. Saya amat memahami bahawa tugas mendidik merupakan suatu tugas yang berat dan mencabar. Syabas saya ucapkan kepada guru-guru atas kejayaan dalam mengharungi cabaran-cabaran ini dengan semangat dan iltizam yang tinggi dan meletakkan sistem pendidikan di negara ini ke tahap yang membanggakan.

Sejak tahun 1990, sektor pendidikan kita telah berkembang pesat dalam meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Namun begitu, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang telah kita capai. Kita perlu melipatgandakan usaha untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara dengan negara maju dan bertaraf dunia. Masih banyak yang perlu dimantapkan dan diperbaiki supaya sistem dan institusi pendidikan benar-benar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Pada tahun 1991 Kerajaan membina azam untuk mencapai Wawasan 2020, untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menghalang kita daripada mencapai wawasan ini, kerajaan telahpun melancarkan Pelan Transformasi sebagai satu kerangka pelan hala tuju yang memperincikan objektif, keberhasilan dan langkah-langkah permulaan yang akan dilaksanakan. Tempoh satu dekad yang tinggal ini bukanlah satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, kita hendaklah dengan satu tekad yang kuat untuk bersama-sama menjayakan bidang keberhasilan utama pendidikan iaitu Menigkatkan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Objektif ini mampu kita capai jika kita semua memainkan peranan masing-masing dengan lebih bersungguh-sungguh dan berkesan.

Justeru, guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan murid. Murid-murid pula hendaklah sentiasa memperkukuhkan disiplin dan jati diri dan menjadikan mereka golongan yang berhemah dan berpekerti mulia dan sentiasa mematuhi dan mendengar nasihat serta tunjuk ajar daripada guru-guru dan ibu bapa. Sesungguhnya peranan guru-guru, murid dan ibu bapa akan membantu melonjakkan prestasi sekolah untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi.

Sebab itulah Kementerian telah memilih tema “Guru Pembina Negara Bangsa” dijadikan sebagai tema Hari Guru pada tahun ini. Kejayaan membangunkan sebuah negara bangsa yang teguh akan membantu kita mencapai Wawasan 2020. Nilai-nilai mulia seperti sifat saling hormat-menghormati, bertanggungjawab, penyayang, bertimbang rasa, berbudi bahasa, memiliki disiplin diri dan kesungguhan wajarlah dipupuk dan diamalkan sejak di bangku sekolah dan menjadikannya budaya hidup masyarakat.

Matlamat kerajaan untuk membina sebuah negara bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1 Malaysia adalah gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kebersamaan. Lapan nilai-nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan 1Malaysia iaitu budaya ilmu, integriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi merupakan nilai-nilai teras yang perlu diterapkan sebagai budaya kehidupan rakyat bagi memacu kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Setiap rakyat menjunjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing.

Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap rakyat. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan negara bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Dalam merealisasikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, kita peru menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan untuk membina kumpulan tenaga kerja yang berpengetahuan, inovatif, kreatif dan berdaya saing. Ini selaras dengan agenda negara melaksanakan Model Ekonomi Baru. Maka, dalam hal ini, guru-guru perlu lebih berupaya mewujudkan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang kreratif dan inovatif supaya budaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan murid-murid.

Oleh itu, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Kerjaaan pula akan terus berusaha untuk memartbatkan profesion keguruan. Ke arah itu, langkah-langkah penambahbaikan sistem pemilihan calon guru dan memantap program latihan asas perguruan akan dilaksanakan. Di samping itu kerajaan juga akan melaksanakan Pelan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Plan) dan mewujudkan beberapa insentif di bawah Sistem Tawaran Baru atau New Deal kepada kepimpinan sekolah serta guru-guru bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah bagi memperbaiki laluan kerjaya guru dengan mewujudkan peluang-peluang kenaikan pangkat yang lebih baik melalui “Faster Career Progression” atau “Fast Track”. Dari semasa ke semasa tahap persekitaran kerja diperbaiki dengan meningkatkan kemudahan dan prasarana pendidikan, khususnya di luar bandar dan pedalaman. Saya percaya, pendekatan dan usaha-usaha ini akan menjadikan profesion keguruan suatu profesion yang lebih menarik.

Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
10 Mei 2010