GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Friday, August 28, 2009

Merdeka di bulan Ramadhan

Assalamualaikum saya ucapkan. dikesempatan ini sata mewakili semua warga SKGG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 52. sekolah akan dibuka semula pada selasa iaitu 02/09/2009. saya pasti hari ini kebanyakkan jalan - jalan di seluruh Malaysia sesak. maklumla cuti tiga hari pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman untuk merasai suasana berpuasa dan berbuka puasa di kampung sendiri. kebetulan Merdeka tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan jadi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam hendakla menyambutnya secara sederhana sahaja.

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tengah malam 30 Ogos 1957 menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan lagu "God Save The Queen" sebagai lagu rasmi kali terakhir dimainkan di Tanah Melayu. Bermulanya awal pagi 31 Ogos 1957 itu, Bendera baru Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, dan lagu Negaraku buat kali pertama di mainkan. Simboliknya acara ini, menandakan tamat pemerintahan British selama hampir seratus tahun yang membayangi pentadbiran negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dijadikan tanah jajahan. Sekaligus, tanggal tarikh ini juga menandakan berakhirnya penjajahan bangsa asing sejak jatuhnya Melaka ke tangan asing pada tahun 1511. Hampir lima abad dijajah, samada secara terus ataupun secara bayangan, akhirnya bumi bertuah di Nusantara ini bebas dari belenggu kuasa asing yang selama itu telah banyak merompak hasil bumi dan menidakkan hak pribumi dalam mentadbir secara bersendiri.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 yang jatuhnya dalam bulan Ramadhan ini juga, setiap warga 1 Malaysia diseru agar merenung dan bermuhasabah akan tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Tanpa kemerdekaan tak mungkin nikmat kebebasan yang dikecapi hari ini, membolehkan kita berkerja, berniaga dan melakukan apa sahaja termasuk peluang untuk beribadah. Syukurilah nikmat kemerdekaan negara, dengan mengelak dipengaruhi oleh pemikiran negatif, budaya songsang dan amalan tidak berperikemanusiaan yang merosakkan keharmonian negara.

Tema Hari Kemerdekaan ke 52
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
1 Sekolah, Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamkan

Disini saya sebagai penulis juga sangat berharap suatu hari nanti di Malaysia hanya akan ada satu jenis sekolah sahaja dimana murid berbilang bangsa dan agama berada dibawah satu bumbung..tidak perlu lagi SRJKC, SRJKT dan sebagainya..

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANg KE 52

ps:merdeka kah kita?

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Bercuti semua..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua Warga SKGG. Bagi Staff sokongan seperti saya terpaksalah berkerja. Tp syabas diucapkan kepada guru - guru serta murid - murid tahun enam yang terlibat dengan kelas tambahan. Ketika cuti sekolah pon masih melaksanakan tugas demi melihat pencapaian murid - murid SKGG. Bagi guru - guru serta murid - murid tahun enam disini saya ada sediakan laman web dari SK Tepus. Di dalam web ini banyak terdapat soalan - soalan untuk peperiksaan UPSR.

lawati laman web SK Tepus untuk muat turun soalan UPSR disini

Bagi adik - adik yang tidak menduduki UPSR pula di sini saya sertakan laman - laman yang adik - adik boleh kunjungi. Laman ini bukan menyediakan permainan biasa, tetapi permainan yang berfaedah dan boleh meningkatkan tahap IQ adik - adik serta pengetahuan dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan lain - lain. Daripada adik - adik bermain permaian yang entah apa - apa, apa kata adik - adik cuba laman web yang saya sediakan disini..

Wordworld - Laman untuk mempertingkatkan Bahasa Inggeris. (Orang dewasa pun boleh cuba)

AdikHebat - Banyak info yang boleh didapati disini

Tutor - Portal Pendidikan Utusan

UPSR.net - Mengandungi Info serta permainan berbentuk pembelajaran

Friday, August 21, 2009

Pelancaran Ihya' Ramadan.

klik utk besarkan gambar..


Hari ini, 21 ogos 2009 bersamaan dengan 29 sha'ban 1430 hijriah SKGG telah mengadakan perhimpunan pagi sempena Pelancaran ihya' Ramadhan. Saya mewakili seluruh warga SKGG mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di seluruh negara. Di sini juga saya sertakan Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Lafaz Berbuka Puasa.

Lafaz Niat Puasa

Maksudnya:“Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala”


Lafaz Berbuka Puasa

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

INFO:

Antara perkara yang membatalkan puasa.

(1) Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja.
(2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
(3) Muntah dengan sengaja.
(4) Melakukan persetubuhan pada siang hari.
(5) Mengeluarkan mani dengan sengaja
(6) Keluar darah haid dan nifas
(7) Gila
(8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
(9) Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
(10)Murtad.

Antara hikmat puasa ialah:

* Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah SWT.
* Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan bersyukur.
* Dapat menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan.
* Mendatangkan kesihatan dan kecerdasan

sumber: Al-Azim


ps: bulan ini juga SKGG mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan.


Friday, August 14, 2009

Bacaan Surah Yasin Murid Tahun 6.

Pagi ini diadakan bacaan Surah Yasin bagi murid Tahun 6 di Makmal Komputer Sekolah. Disisi disertakan Fadhilat Surah Yasin dan Fadhilat Hari Jumaat itu sendiri.

Keberkatan Bacaan Yasin

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Fadhilat Hari Jumaat

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.
Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Thursday, August 13, 2009

Doa Selamat Dari Penyakit.

Marilah kita sama - sama berdoa agar dijauhkan dari segala wabak dan penyakit..

sumber: achemm

Tutup atau tidak? (H1N1)

Pelbagai pihak persoal sekolah terus dibuka ketika peningkatan penularan H1N1

KUALA LUMPUR: Ketika angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini mencecah 44 orang berikutan enam lagi kematian dilaporkan semalam, pelbagai pihak terus bercanggah pendapat berhubung desakan supaya semua sekolah ditutup bagi mengelak penularan wabak itu.

Sesetengah pihak pula keliru kerana mendakwa garis panduan berhubung penutupan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media di Putrajaya semalam, berkata penutupan sekolah atau IPT hanya langkah terakhir dan boleh dilakukan apabila kehadiran pengajar serta pelajar terlalu sedikit sehingga menjejaskan operasi.

Katanya, pihak sekolah dan IPT bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan kelas, sekolah dan institusi terbabit sekiranya penularan H1N1 sudah tidak terkawal lagi.

"Saya ingin tegaskan penutupan sekolah atau institusi hanya boleh dilakukan dengan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah, manakala pengetua wajib memaklumkannya kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

"Ibu bapa dan penjaga pula perlu memastikan anak mereka yang mempunyai tanda sakit seperti infleunza (ILI) atau H1N1 tidak ke sekolah bagi mengelak penularan wabak ini," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Mohd Asri Sulong, bagaimanapun mempersoalkan kenyataan Liow kerana ia boleh menyebabkan lebih ramai pelajar dijangkiti wabak itu.

"Apakah kita mahu menunggu lebih ramai pelajar menjadi mangsa baru hendak tutup sekolah. Kita sepatutnya mengambil langkah awal sebelum keadaan menjadi buruk. Ini bukan perkara main-main kerana keadaan sekarang semakin kritikal," katanya ketika dihubungi.

Katanya, majoriti ibu bapa dan penjaga kedua-dua sekolah berkenaan mahu sekolah ditutup segera kerana bimbang anak-anak dijangkiti penyakit berkenaan.

Malah, Berita Harian menerima banyak panggilan telefon dan emel daripada ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mengenai wabak itu dan meminta kerajaan menutup segera sekolah.

Presiden Fomca, Datuk N Marimuthu juga menggesa kerajaan menimbang cadangan pertubuhan itu supaya cuti sekolah seminggu yang dijadualkan bermula 21 Ogos ini dipercepatkan bagi mengekang penularan H1N1 yang semakin serius.

Katanya, penutupan sekolah mampu mengurangkan interaksi antara warga sekolah, sekali gus mengelak penyakit itu menjangkiti lebih ramai ahli keluarga dan masyarakat.

"Dalam tempoh seminggu, warga sekolah terutama pelajar boleh mempertingkatkan imunisasi badan dan meningkatkan tahap kebersihan.

"Langkah menutup sekolah perlu dilakukan demi kepentingan rakyat. Kenapa tidak rakyat didahulukan ketika berlaku krisis seperti ini? Kenapa kerajaan perlu ego sedangkan ada ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan penularan H1N1," katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pula berkata kerajaan sepatutnya mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan ibu bapa.

"Garis panduan sekarang mengelirukan kerana ada sekolah atau kelas ditutup walaupun hanya terdapat murid mengalami demam atau selesema biasa," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan gesaan supaya semua sekolah ditutup kerana ia akan menjejaskan persiapan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, bagaimanapun berkata soal kekeliruan tidak timbul kerana kira-kira 7,000 guru besar di seluruh negara sudah menerima garis panduan yang jelas sejak pertengahan bulan lalu.

"Kita ada garis panduan dan ini diikuti semua guru besar, tidak timbul soal keliru sama ada sekolah perlu ditutup atau tidak kalau ada kes, kerana jika mereka tidak tahu, mereka boleh rujuk kepada pejabat pendidikan daerah terdekat atau Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, juga tidak bersetuju sekolah ditutup terutama ketika peperiksaan utama semakin hampir.

"NUTP dari dulu lagi tidak mahu sekolah ditutup, sebaliknya mahu pelajar yang didapati mempunyai simptom H1N1 dikuarantin.

"Bayangkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tinggal 30 hari saja lagi dan ini akan menjejaskan prestasi pelajar jika sekolah ditutup," katanya.

Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chua, pula berkata tindakan menutup sekolah atau IPT tidak menjamin wabak itu dapat dikawal.

"Tutup pun tak guna, jika buka balik, orang yang tak dapat H1N1 dulu pun boleh kena, takkan nak tutup semula.

"Apa yang penting, nasihat orang yang sakit supaya ambil langkah pengawalan, dapat rawatan segera dan duduk rumah, jangan pergi ke mana-mana termasuk sekolah," katanya.


sumber: Berita Harian